Pengenalan Syarikat
Laman Restu Venture adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 8 Ogos 2019, manakala Laman Restu Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 16 Disember 2024. Namun sebelum penubuhan syarikat, saya dan pasukan mengambil upah kerja dibawah kontraktor yang berdaftar. Akhirnya setelah sekian lama kami terus mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah syarikat berdaftar yang bersifat berdaya saing, sistematik dan dinamik.
Syarikat ini merupakan sebuah syarikat 100% milikan bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan diterajui oleh Muhamad Farizal bin Samsudin. Dengan penubuhan syarikat ini juga, secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat sekeliling dan bersifat berdaya saing dalam pasaran.