About Us
Laman Restu berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik berteraskan kualiti, kepercayaan, dan profesionalisme. Kami berpegang kepada objektif yang jelas serta disokong dengan pelbagai pensijilan dan pengiktirafan yang membuktikan komitmen kami terhadap standard tertinggi industri.
Pengenalan Syarikat
Laman Restu Venture adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 8 Ogos 2019, manakala Laman Restu Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 16 Disember 2024. Namun sebelum penubuhan syarikat, saya dan pasukan mengambil upah kerja dibawah kontraktor yang berdaftar. Akhirnya setelah sekian lama kami terus mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah syarikat berdaftar yang bersifat berdaya saing, sistematik dan dinamik.
Syarikat ini merupakan sebuah syarikat 100% milikan bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan diterajui oleh Muhamad Farizal bin Samsudin. Dengan penubuhan syarikat ini juga, secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat sekeliling dan bersifat berdaya saing dalam pasaran. Kami juga berharap syarikat Laman Restu Venture ini
dapat memberikan sumbangan secara langsung terhadap kemajuan ekonomi negara Malaysia. Selain itu, kami turut menyahut seruan negara yang menggalakkan rakyatnya untuk meneroka industri
keusahawanan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Objektif Utama Syarikat
Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti
- Memiliki pasukan pekerja yang berkebolehan dan profesional serta bekerjasama dengan subkontraktor yang baik demi memastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak melebihi kos yang dianggarkan di samping kualiti kerja yang terbaik.
- Penguasaan pasaran yang memuaskan dan dipercayai bagi perkhidmatan syarikat


Nilai Integriti
- Mengamalkan sikap jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
- Bersikap profesional semasa bekerja
- Berdisiplin dalam memastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan
Keselamatan & Kesihatan
- Menyediakan peralatan perlindungan diri
- Mengadakan taklimat keselamatan sebelum memulakan kerja
- Khidmat dan kebajikan yang memuaskan kepada pekerja dan masyarakat sekeliling


Memenuhi Kehendak Pelanggan
- Menawarkan perkhidmatan berkualiti yang memenuhi citarasa pelanggan.
- Mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan serta pembekal
- Membantu para pelanggan mendapat harga terbaik dengan kualiti terbaik.